Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Saya mendoakan anda yang sudi menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah Taala.
Institut Aminuddin Baki di Bandar Enstek
Saya menghadiri kursus pengurusan
kewangan di Institut Aminuddin Baki, di Bandar Enstek, Negeri Sembilan selama 5
hari. Kursus memang terbaik untuk sesiapa yang terlibat dengan kewangan
sekolah.
Memandangkan saya merupakan pembantu tadbir kewangan di salah sebuah
sekolah di gombak, saya memang perlukan input dalam menjalani tugasan seharian
bagi bahagian kewangan. Kursus nie amat berguna untuk semua peringat yang
terlibat dengan kewangan sekolah. Kursus kali pertama digabungkan bersama pengetua,
ketua pembantu tadbir dan juga pembantu tadbir.
Pensyarah-pensyarah dan peserta-peserta yang terlibat
Kursus ini melangkumi dengan
pembelajaran bagi sistem espkws, pengiraan pcg, penstoran, aset alih kerajaan,
perolehan dan sebagainya. Kami semua diketemukan dari serata negeri termasuk
sabah.
Penerangan oleh pensyarah-pensyarah dari IAB
Kepada semua pihak pengurusan
kewangan sekolah, cubalah memohon kursus ini untuk kita lebih memahami bidang
tugasan kerja yang mengikut prosedur yang telah digariskan dalam pekeliling
yang diwartakan oleh kerajaan. Kita semua sentiasa sasarkan agar kita semua
beroleh audit baik dan amat baik.
Ketika berada di kelas
Bersama kawan-kawan di kelas
Gambar kenangan bersama...siap dapat sijil lagi tau!!
Dari kursus ini juga memberi impak
pada saya, makan 5 kali sehari tanpa diet. Berat semakin bertambah. Haid saya
mula tidak teratur. Semasa kursus saya ada mengamalkan Alfafa, produk shaklee.
Amat bagus untuk proses pelawasan. Selama berada di tempat kursus, saya
mengamalkan 2 kali sehari.
Kebaikan Alfafa Shaklee
Produk Shaklee yang diambil
Setakat ini, saya mengamalkan:
1. Vita-Lea
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Alfafa
5. GLA
6. Omega Guard
7. Lecithin
8. Vit E
9. ESP
Alhamdulillah, badan rasa
semakin sihat. Sebelum ini, ada juga sakit lutut bila naik tangga kt rumah.
Sekarang dah semakin pulih. Alhamdulillah....umur semakin meningkat, kesihatan
perlu dijaga. Insya-Allah semua memudahkan kita jika dalam menjalani kehidupan
seharian, menyelesaikan tugasan dan paling penting menunaikan ibadah kita dengan
sempurna jika kesihatan kita sentiasa terjaga.
Moga anda semua
berada keadaan sihat dan terus menjaga kesihatan, mencegah lebih baik daripada
mengubati.