Assalamualikum
& Salam Sejahtera
Saya mendoakan anda yang sudi menziarahi blog ini akan sentiasa
dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah Taala.
Baru sampai di Desa Coalfield, Sg Buloh
Nadia bersama Chibbi
Minggu lepas balik ke rumah ma di sg buloh bersama adindaku Nadia.
Kami bawa Chibbi balik bersama. Cian pulak dia asyik kena tinggalkan dia. Si
Pengorek Telinga pun ada, gelaran untuk adik bongsu Nawa. Sebab dia suka sangat
korek telinga chibbi dan gromming chibbi.
Telinga Chibbi yang ada bernanah
Ciannnn dia.....
Nawa mula membelek chibbi. Tiba-tiba Nawa perasan
telinga chibbi macam ada bernanah. Agak teruk jugak. Kami membawa chibbi ke
klinik untuk diperiksa oleh doktor. Kami pergi ke klinik haiwan berhampiran
dari rumah ma.
Klinik yang kami pergi...
Tempat klinik haiwan yang Chibbi dirawat berhampiran Petronas on d way ke Desa Caolfield
Apabila doktor memeriksa chibbi, doktor kata ada
kutu yang masuk di dalam telinga chibbi. Mulanya telinga chibbi sentiasa
berkeadaan kotor, kemudian jadi bernanah. Doktor telah mencuci nanah dan
kekotoran yang ada dalam telinga chibbi. Kesihan kat Chibbi. Chibbi menggelepar
jugak la sampai terkencing.
Chibbi juga didapati ada masalah kutu dan 'tag
warm'. 'tag warm' adalah sejenis cacing yang ada dalam najis kucing. So, Doktor
bagi tablet utk rawatan 'tag warm', ubat kutu yang disapu pada bulunya dan
antibotik untuk sakit telinganya.
Nawa mengajar saya bagaimana untuk memberi ubat
pada chibbi. Nie la ubat yang diberi oleh doktor.
Ubat-ubat yang diberi oleh doktor
Alhamdulillah....Chibbi dah semakin sihat sekarang.
Telinga Chibbi dah nampak bersih. Doktor kata datang untuk memeriksa 2 minggu
lagi untuk memastikan chibbi sembuh dari sakitnya.
Alhamdulillah...Chibbi dah semakin sihat
Sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Sg Buloh,
anda boleh pergi ke klinik haiwan ini. Doktor amat bagus. Perkhidmatan yang
diberikan amat memuaskan dan harganya yang berpatutan.
Alamat Klinik Haiwan, No. 272 B6, Merbau Indah, KM 20 Jalan Kuala Selangor, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Tel: 013-216 8915.