Friday 20 March 2015

MENGHADIRI KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DI IAB, BANDAR ENSTEK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya mendoakan anda yang sudi menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah Taala.

Institut Aminuddin Baki di Bandar Enstek

Saya menghadiri kursus pengurusan kewangan di Institut Aminuddin Baki, di Bandar Enstek, Negeri Sembilan selama 5 hari. Kursus memang terbaik untuk sesiapa yang terlibat dengan kewangan sekolah. 

Memandangkan saya merupakan pembantu tadbir kewangan di salah sebuah sekolah di gombak, saya memang perlukan input dalam menjalani tugasan seharian bagi bahagian kewangan. Kursus nie amat berguna untuk semua peringat yang terlibat dengan kewangan sekolah. Kursus kali pertama digabungkan bersama pengetua, ketua pembantu tadbir dan juga pembantu tadbir.


Pensyarah-pensyarah dan peserta-peserta yang terlibat

Kursus ini melangkumi dengan pembelajaran bagi sistem espkws, pengiraan pcg, penstoran, aset alih kerajaan, perolehan dan sebagainya. Kami semua diketemukan dari serata negeri termasuk sabah. 

Penerangan oleh pensyarah-pensyarah dari IAB

Kepada semua pihak pengurusan kewangan sekolah, cubalah memohon kursus ini untuk kita lebih memahami bidang tugasan kerja yang mengikut prosedur yang telah digariskan dalam pekeliling yang diwartakan oleh kerajaan. Kita semua sentiasa sasarkan agar kita semua beroleh audit baik dan amat baik.

Ketika berada di kelas

Bersama kawan-kawan di kelas

Gambar kenangan bersama...siap dapat sijil lagi tau!!

Dari kursus ini juga memberi impak pada saya, makan 5 kali sehari tanpa diet. Berat semakin bertambah. Haid saya mula tidak teratur. Semasa kursus saya ada mengamalkan Alfafa, produk shaklee. Amat bagus untuk proses pelawasan. Selama berada di tempat kursus, saya mengamalkan 2 kali sehari.


Kebaikan Alfafa Shaklee


 

Produk Shaklee yang diambil

Setakat ini, saya mengamalkan:

1. Vita-Lea
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Alfafa
5. GLA
6. Omega Guard
7. Lecithin
8. Vit E
9. ESP

Alhamdulillah, badan rasa semakin sihat. Sebelum ini, ada juga sakit lutut bila naik tangga kt rumah. Sekarang dah semakin pulih. Alhamdulillah....umur semakin meningkat, kesihatan perlu dijaga. Insya-Allah semua memudahkan kita jika dalam menjalani kehidupan seharian, menyelesaikan tugasan dan paling penting menunaikan ibadah kita dengan sempurna jika kesihatan kita sentiasa terjaga.

Moga anda semua berada keadaan sihat dan terus menjaga kesihatan, mencegah lebih baik daripada mengubati. 

 
Blogger Templates