Saturday 25 April 2015

CHIBBI DALAM PEMULIHAN.....

Assalamualikum & Salam Sejahtera

Saya mendoakan anda yang sudi menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah Taala.


Baru sampai di Desa Coalfield, Sg Buloh

Nadia bersama Chibbi

Minggu lepas balik ke rumah ma di sg buloh bersama adindaku Nadia. Kami bawa Chibbi balik bersama. Cian pulak dia asyik kena tinggalkan dia. Si Pengorek Telinga pun ada, gelaran untuk adik bongsu Nawa. Sebab dia suka sangat korek telinga chibbi dan gromming chibbi.



Telinga Chibbi yang ada bernanah


Ciannnn dia.....

Nawa mula membelek chibbi. Tiba-tiba Nawa perasan telinga chibbi macam ada bernanah. Agak teruk jugak. Kami membawa chibbi ke klinik untuk diperiksa oleh doktor. Kami pergi ke klinik haiwan berhampiran dari rumah ma.

Klinik yang kami pergi...

Tempat klinik haiwan yang Chibbi dirawat berhampiran Petronas on d way ke Desa Caolfield



Apabila doktor memeriksa chibbi, doktor kata ada kutu yang masuk di dalam telinga chibbi. Mulanya telinga chibbi sentiasa berkeadaan kotor, kemudian jadi bernanah. Doktor telah mencuci nanah dan kekotoran yang ada dalam telinga chibbi. Kesihan kat Chibbi. Chibbi menggelepar jugak la sampai terkencing. 

Chibbi juga didapati ada masalah kutu dan 'tag warm'. 'tag warm' adalah sejenis cacing yang ada dalam najis kucing. So, Doktor bagi tablet utk rawatan 'tag warm', ubat kutu yang disapu pada bulunya dan antibotik untuk sakit telinganya.

Nawa mengajar saya bagaimana untuk memberi ubat pada chibbi. Nie la ubat yang diberi oleh doktor.

Ubat-ubat yang diberi oleh doktor

Alhamdulillah....Chibbi dah semakin sihat sekarang. Telinga Chibbi dah nampak bersih. Doktor kata datang untuk memeriksa 2 minggu lagi untuk memastikan chibbi sembuh dari sakitnya.

Alhamdulillah...Chibbi dah semakin sihat

Sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Sg Buloh, anda boleh pergi ke klinik haiwan ini. Doktor amat bagus. Perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan dan harganya yang berpatutan.

Alamat Klinik Haiwan, No. 272 B6, Merbau Indah, KM 20 Jalan Kuala Selangor, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Tel: 013-216 8915.

 
Blogger Templates