Thursday 5 March 2015

KEAJAIBAN SOLAT HAJAT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Saya mendoakan anda yang sudi menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah Taala.






Bila inginkan sesuatu, belum pasti Allah Taala bagi semuanya apa yang kita hajati. Ada kalanya apa yang kita hajati bukan la terbaik untuk kita, hajat kita tidak ditunaikan. Jika hajat kita itu terbaik untuk kita, Allah Taala pasti tunaikan yang penting kita memang ikut apa yang Allah Taala suruh. 



Kita semua bukanlah insan sempurna, kita manusia saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Hakikatnya kita manusia sentiasa buat kesilapan. Jika hajat kita tidak tertunai, kita tetap berserah pada Allah setelah disertai dgn ikhtiar dan usaha barulah bertawakal.



Chibbi tak nak makan...


menung jer....tk taula pikir ape...



Keajiaban solat hajat yang pernah terjadi pada saya, kucing saya chibbi...berada dalam keadaan kemurungan, tidak makan, minum, kencing berak, hanya terus tidur sahaja. Ini berlaku selepas kami pulang dari rumah ma. Saya dah tak tau nk buat macamana. 

Rasa amat sedih chibbi 2 hari dalam keadaan macam seolah-olah dah nk mati. Saya terus solat hajat, mohon bersungguh-sungguh pada Allah Taala....moga chibbi terus sihat kembali. At least dia mula kencing dan berak. 

Dengan sepenuh hati saya serah pada Allah Taala...berikan kesihatan yang baik buat chibbi. Chibbi sentiasa menjadi temanku. Biarlah ada tanda-tanda dia kembali ceria dan sihat. Selepas solat hajat, saya lihat chibbi mula melangkah ke tandas dia, setelah 2 hari tidak membuang. Syukur yang tidak dapat digambarkan. Chibbi mula ingin makan dan minum. Syukur alhamdulillah.... Allah Taala sentiasa mendengar rintihan hambaNya. 

Begitu juga semasa kehilangan chibbi di rumah ma dalam satu malam. Chibbi agak susah untuk mencari jalan pulang ke rumah. Saya dan ma sama-sama buat solat hajat agar chibbi dijumpai, adalah satu yang ajaib, chibbi boleh balik sendiri rumah ma, sedangkan selama ini chibbi tidak pandai cari jalan rumah. Chibbi dibesarkan di dalam rumah. Kami buka pintu untuk mulakan misi mencari chibbi, tiba-tiba chibbi muncul depan pintu rumah ma. Syukurnya Ya Allah.....



Sebenarnya banyak tidak terkira hajat kita Allah Taala telah tunaikan, cuma bila kita ditimpa musibah, ujian....kita merintih, tidak mampu menghadapinya. Hakikatnya, Allah Taala berikan ujian kepada hambaNya yang mampu menghadapinya. 

Apapun setiap apa yang kita lakukan, kita hendaklan sentiasa berserah kepada Allah Taala, moga apa yang kita lakukan itu adalah terbaik untuk hidup kita, agama kita, keluarga kita dan sebagainya.

Moga kita semua terus diberikan keberkatan dan kebaikan sementara kita diberi ruang untuk bernafas di dunia ini. Aamiin....

 
Blogger Templates