Friday 12 June 2015

KURSUS BUDAYA KERJA CEMERLANG 2015 BERSAMA KAPTEN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya mendoakan anda yang sudi menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah Taala.

Setiap tahun kami dijemput oleh Persatuan Pembantu Tadbir (Keptan) untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh persatuan ini. Kali ini kursus ini bertajuk Kursus Budaya Kerja Cemerlang 2015 bersama Kapten yang bertempat di Dewan Frim, Kepong, Selangor.

Kami diberi pendedahan tentang budaya kerja yang cemerlang, peluang yang diberi untuk menyambung pelajaran lebih tinggi, dan sistem yang dibangunkan oleh salah seorang ahli Kapten dalam memudahkan urusan kerja. 

Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan dalam mengemaskini aset kerajaan dan pengurusan stor kerajaan. Syukur Alhamdulillah kerana kami diberi peluang oleh pengetua untuk menghadiri majlis ilmu yang berguna dalam menyiapkan tugasan harian kami.

Peserta yang menghadiri kursus ini


Shikin, Tika dan saya, jumpa pulak Shikin kat sini.

Saya, Aishah dan Kak Jun

Kawan-kawan tengah khusyuk mendengar taklimat

Salah satu Sistem yang dibina, Astakom - Harta Modal

Semoga kita semua mendapat manfaat dalam ilmu yang diberikan. Walaupun kita telah pun berada di bidang kerjaya, namun ilmu mesti dicari selagi kita hidup. Sama-sama juga kita berdoa semoga kita semua rezeki yang dicari mendapat keberkatan dari Allah Taala. Aamiin...

 
Blogger Templates