Monday 2 March 2015

KESAYANGAN CHIBBI.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya mendoakan anda yang sudi menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah Taala.


Mengenali kucing yang saya sayangi. Keindahan dan keistimewaan makhluk Allah Taala yang dinamakan kucing.



Mari kita kenal si comey Chibbi...





Hai....namaku Chibbi


Hadirnya Chibbi dalam hidup saya banyak membuat saya berfikir, walaupun Chibbi hanyalah seekor kucing, tapi apabila kita ambil keputusan untuk membelanya, maksudnya kita memang sanggup menerima amanah Allah Taala kepada kita. 


Saya dah lama tidak bela kucing. Chibbi telah membawa seribu rahmat buat saya. Kucing adalah binatang kesayangan Rasullullah s.a.w. Chibbi adalah kucing kesayangan Emir, kawan kepada adik saya Nawa. Moga saya boleh menjaga Chibbi sebaiknya seperti dijaga oleh Emir.


Chibbi menyorok bawah sofa

Chibbi merupakan kucing yang manja pada yang dia kenal sahaja, tapi agak ego. Dia masih single....hehehe....sedang mencari calon makwe. Tapi tak pandai mengorat. Selalu kena reject....ciannn chibbi. Muka memang comel tapi ala-ala lelaki korea (kata Nawa la...), tak macho.....tu yang kena reject


Chibbi jalan-jalan di Desa Coalfield

Chibbi tengah main alat tulis


Chibbi suka sangat duduk kat koridor. Tapi masalahnya...bila dia sesat, dia mula keliru. Dia tidak tahu nak cari jalan balik. Si Chibbi nie dah banyak kali sesat. 

Tempat Favorite Chibbi

Kehilangan dia menyebabkan saya hilang kalori sebab mencari dia di setiap tingkat blok. Aduhhh....penat giler. Chibbi takut pada orang. Dia hanya nak pada orang yang dia kenal sahaja.   

Nie gambar rumah chibbi yang saya buat. Ok tak?

Moga Chibbi sentiasa dilindungi dan diperlihara oleh Allah Taala. Begitu juga kita semua, moga sentiasa dilindungi olehNya. Aamiin....







 
Blogger Templates