Wednesday 13 May 2015

KEJOHANAN BOLING TERTUTUP CAWANGAN GOMBAK 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya mendoakan anda yang sudi menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah Taala.

Hari ini saya bersama-sama dengan kawan-kawan Kapten melepaskan geram dengan bermain Boling. Dah lama tak main Boling nie. Setiap hari kita kerja jer, tanpa melakukan aktiviti-aktiviti luar, otak nie agak tepu gak. So, untuk membangkitkan semula semangat bekerja, kami semua join bersama geng Kapten untuk beriadah sambil kenal-mengenali antara satu sama lain.


Dari sini saya dapat kawan-kawan yang tidak lokek dengan ilmu dan pengalaman yang boleh diaplikasi dalam menyelesaikan tugasan seharian. Saya masih hijau dalam bidang Kewangan, saya perlu terus mencari ilmu bagi mempelajari prosedur kewangan yang betul mengikut pekeliling yang diedarkan oleh kerajaan.


Okey....cukup pasal kerja. Yang penting saya dan kawan-kawan enjoy bermain boling walaupun saya asyik masuk longkang jer. Sori ye kengkawan...






Bersama-sama dengan group 

Kami diberi taklimat sebelum mulakan pertandingan



 
Blogger Templates